ASSALAMUALAIKUM....:::
Post kali ni aku tujukan khas untuk dirinya sebelum aku menutup mata ini
10 jari ku susun rapat dan kemas memohon seribu dan sejuta kemaafan terhadap dirimu
Selama diri ini aku tidak pernah menjadi insan yang baik dan faham akan dirimu...
Selama ini juga aku selalu memaksa dirimu aku tidak pernah cuba untuk faham keadaan dirimu...Jauh di sudut hati ini aku tidak pernah melupakan dirimu sebab engkau selalu di hati ini dan tetap kekal bagai pertama kali aku menjadikan dirimu teristimewa di hati ini
Saat engkau baca post ini hanya kemaafkan ku harapkan darimu meskipun aku tahu
Sejuta kali diri ini tidak layak untuk memohon kemaafan darimu yang begitu sempurna
Maafkan aku insan hina,kotor,dan busuk ini atas segala dosa yang telah aku buat
Izinkan kaki dan lutut yang hina ini melutut di hadapan dirimu memohon keampunan
Izinkan dahi yang kotor dan tangan yang busuk ini memohon semoga segala kesalahan ku
Menyusahkn dirimu,membuat dirimu sedih,tak faham dirimu sehingga semua ini berlaku
Andai diri ini telah pergi untuk selamanya saat engkau baca semua ini
Andai diri ini telah pergi menutup mata selamanya
Andai diri ini telah pergi bertemu dengan kekasih abadi
Tiada kemaafan untuk diri ini aku pasrahkan kepada mu
Aku izinkan dirimu untuk menghina diri ini dengan sehina2nya
Sekali lagi aku mohon pada dirimu yang ku sayangi maafkan diri ini selama menjadi kekasih padamu,aku sekali pun tidak pernah faham akan dirimu,tidak pernah buat dirimu bahagia,gembira,dan selalu memaksa akan dirimu...
SEORANG INSAN YANG HODOH LAGI HINA MENGHARAPKAN SERIBU DAN SEJUTA KEMAAFAN UNTUK DIRINYA ANDAINYA MASIH LAYAK UNTUK DIGELAR SEORANG MANUSIA DAN MASIH LAYAK UNTUK DIBERIKAN KEMAAFAN ATAS SEGALA KESALAHAN YANG TELAH AKU PERBUAT...
seperti aku
Sunday, 18 November 2012
Pertama Dan Terakhir
Dia insan pertama yang muncul dalam diri ini dan banyak mengajar aku erti cinta,rindu dan sayang....Aku tidak pernah menyesal menjadikan dia insan yang istimewa dalam hidupku....
Apa yang aku rasakan saat bersama dirinya hanyalah ketenangan dan kegembiraan..
Saat diri ini dilanda masalah dialah insan yang ada dengan diriku,saat bersama dirinya buat aku berasa tenang,rasa penat dari kerja pun turut hilang tatkala terpandang wajahnya dan manis senyumannya....bagaikan semua bermain di mata ini manjanya,manis senyumannya...
Apa yang aku rasakan saat bersama dirinya hanyalah ketenangan dan kegembiraan..
Saat diri ini dilanda masalah dialah insan yang ada dengan diriku,saat bersama dirinya buat aku berasa tenang,rasa penat dari kerja pun turut hilang tatkala terpandang wajahnya dan manis senyumannya....bagaikan semua bermain di mata ini manjanya,manis senyumannya...
macam ni la kurang lebih senyuman dia 2
tembam dan sweet
Aku pernah kata kat kakak aku dia la insan pertama dan terakhir dalam hidup aku.
Dia dah terlalu sempurna untuk..lepas sembahyang subuh aku bersiap untuk pergi pusara
Abah,"bah sy dah jmpe seorang pmpuan nk jdikan mntu abh,orgnye x la cntik mne bah tpi bg sy dia dah perfect bah dah mcam bdadari doakn sy setia untuk dia seorang ye abh"
Hari2 ku bertukar ceria x dpat nak di bayagkn oleh kotak fkiran aku ni,shri x mseg dia bleh msuk tnjung rmbutan aku ni agknye
Setiap kali dalam solat ku aku berdoa semoga dia selalu dalam lindungan Allah
Aku suke bila dia merajuk sebab dia ni brutal sikit tapi tetap manje gak dengan aku je la
Kekadang aku saje biar dia merajuk lame2 ti pandai la aku pujuk dia...yang hati aku ni tak boleh tahan bila dia guna warne brown fuyooo jatuh skru2 kat jntung ni....
Tapi sekarang yang aku ada hanya kenangan saja dalam hati ini,setiap pagi air mataku mesti gugur,sebab bila buka mata aku akan cari gambar dia dulu untuk aku kiss dan peluk
Hanya itu sekarang yang jadi penghias hari2 diri ini...aktiviti aku lepas smbhyg subuh,mengaji,pas 2 sembahyang dhuha,bersiap pergi keje sebelum keluar bilik aku akn kiss gambar dia dan my beloved mum and dad....Pas tu aku bersarapan dengan kakak dan pembantu2 rumah ku....
Lepas je sarapan aku akan keluar kat taman tepi rumah aku untuk jalan2 sekejap lebih kurang 5 minit macam 2(terbayang macam tengah bagi masa 5 minit bersama dia sebelum pergi kerja) ni la aku kata kat dia bila dah kawen heheheheh...sebelum masuk dalam kereta nak pergi kerja aku akan toleh kebelakang (bagaikan aku memandang isteriku sebelum aku pergi kerja dan berikan senyuman walaupun takda tapi bagi aku dia ada di hati ini)
Balik dari kerja macam 2 gak la rutin aku,jalan kat taman rumah aku ni,pas 2 kiss gambar peluk erat...walaupun hanya gambar namun cukup besar maknanya dalam hidup aku ni..
Sebab tu aku tak bagi orang gaji aku sentuh barang2 kat bilik aku,sebab selain aku takde sape yang boleh sentuh katil,barang2 kat bilik ni,dan baju2 aku semua yang ade kat bilik ni selagi insan yang aku sayang ni sentuh...tapi bila dah macam ni biarlah semua yang ade kat bilik ni hanya jadi yang pertama dan terakhir dalam hidup aku....
To my lovely honey:
Maafkan diri ini sebab tak mampu untuk lupakan dirimu,biarpun engkau paksa dan tikam diri ini aku tidak mampu dan tiada daya untuk lupakan semua itu..biarlah ianya menjadi penghias hari2 ku untuk meskipun hanya kenangan biarlah aku yang setia di sini dengan janji dan apa yang pernah diri ini inginkan bila menjadi suami pada dirimu sehingga aku menutup mata pergi menghadap Ilahi...apa yang aku ingin engkau tahu TIADA ORANG LAIN DALAM HIDUP INI SELAIN DIRIMU SAMPAI BILA2 PUN ENGKAU YANG PERTAMA DAN YANG TERAKHIR.....HANYA ENGKAU YANG AKU SAYANG DI HATI INI ENGKAU YANG PERTAMA DN TERAKHIR.....LOVE U SO MUCH MISS U SO MUCH...
BAHAGIANYA DIRI INI
Alhamdulillah aku masih lagi diizinkan untuk memohon semoga segala dosa yang telah aku lakukan diampunkan oleh ALLAH s.w.t....Kak long kata aku dah tidur lama sangat dan aku dapat melihat mutiara jernih mengalir dari kolam mata kak long...Kak long kata dia nak keluar kejap belikan makanan untuk aku....
Dalam tidur ku yang lena untuk seketika diri ini berasa terlalu bahagia bagaikan aku tidak ingin bangun dari mimpi ku yang indah itu...Pagi itu aku buat temu janji nak jumpa dengan gf aku alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang aku rancangkan kami bertemu tanpa dia mengetahui bahawa aku ingin melamarnya pada pertemuan kami itu...dengan langkah perlahan aku mengeluarkan cincin itu dari kocek seluar ku.."syg sudi x syg jdi yg halal untuk abg dan menjadi permaisuri hidup abg dunia akhirat???"dia berkata setuju aku tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya hati ini...:)
Hari yang kami berdua nantikan tiba jua aku disatukan dengan dirinya,dengan sekali lafaz aku bersyukur kepada ALLAH s.w.t kini insan yang paling aku sayangi menjadi milikku....
Dengan perlahan aku berbisik di telinganya "amin abg dah tunaikan janji abg sekarang abg dah jadikan insan yang abg sayang ini halal bagi abg dan teman abg dunia akhirat,"aku terima dirimu kerana ALLAH s.w.t....aku menyarungkan cincin di jari manisnya dan mengucup lembut dahinya..Tanpa sedar air mata ku laju mengalir kini aku betul2 bahagia dia di sisi ku kini dan halal buat diri ku.....
Setahun berlalu akhirnya aku dan dia kini menjadi sepasang ibu bapa yang cukup bahagia
Dengan kelahiran zuriat lelaki yang comel macam mak dia hehehehe,hari2 ku semakin ceria dengan kehadiran dua insan yang teramat aku sayangi ini,bagi ku mereka berdualah harta ku yang paling berharga sekarang berbanding dengan harga nyawa ku sekarang ini..nama anak aku ni nama gabungan aku dengan mama dia yang comel ni heheheh nama dia mohd danie...aku berharap danie akan menjdi seorang anak yang soleh dunia dan akhirat..
Kehidupan yang ku rasakan kini betul2 buat aku merasa begitu bahagia dengan adanya insan yang paling aku sayangi dan paling bererti dalam hidup ku ini di sisi ku setiap hari...
Setiap hari sebelum pergi kerja aku akan bawa anak dan bini aku pergi jalan kejap 5 minit pun dah cukup,balik daripada kerja perkara yang sama aku akan buat tak kesa la penat macam mane pun,tapi segala penuh yang ade pada bahu aku ni terasa ringan saat diri ini melihat senyuman manja isteri dan anak yang ku sayangi....
Setiap hari makan malam kami begitu seronok sukar untuk digambarkan,aku akan suap isteri aku makan terlebih dahulu sebelum aku menyuapkan makanan ke dalam mulut ku itu la perkara wajib yang aku akan buat sebelum makan kalu tak aku tak dapat nak makan pun sebab hati aku rsa tak lengkap kalu tk suap sayang aku ni hehehe selepas makan aku dan isteri akan suap anak kiteorang plak aku akan letakkan anak aku duduk di riba aku mak dia plak akan suap dia indahnya tidak dapat aku gambarkannnya...
Aku bersyukur padamu engkau berikan aku apa yang aku inginkan,rasakan,manisnya menjadi seorang suami dan indahnya menjadi seorang ayah...terima kasih padamu tuhan berikan aku nikmat itu dalam lena ku yang cukup panjang......
Andainya satu hari nanti engkau hilangkan nikmat pandangan mataku,hilangkan nikmat langkah ku,hilangkan nikmat kesihatan ku....cukup la engkau biarkan perkara ini kekal di hati dan kotak ingatan ku ini,dan kekalkan namanya di hatiku ini sehingga aku bertemu mu bahkan walaupun aku tiada lagi di dunia ini kekalkan lah namanya,sayangnya,rindunya,
cintanya dan juga kasih sayangnya di dalam hati ahli keluargaku agar dia selalu menjadi sebahagian diri ini dan juga ahli keluarga ku saat aku menghadap mu kembali....:(
DOA SEORANG KEKASIH
Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya aku sesat tanpa bimbinganmu
Aku lemah tanpa kasih sayang mu
Aku buta tanpa petunjuk mu
Aku hina tanpa redhamu
Tanpa sedar air mata ku laju mengalir keluar selesai sembahyang dalam kerendahan hati aku merenung jauh akan diriku ini...hati ini mula merindui dirinya semakin deras air mata ku mengalir...hanya engkau yang mengerti apa yang aku rasakan kini....
Ya Allah di dalam rumah mu yang indah ini aku berdoa padamu....berikanlah segala kesakitan yang engkau tetapkan pada dirinya pada diriku,dia insan yang paling aku sayang dan aku mohon hanya padamu jauhkan dia dari kesedihan pelihara dirinya dari kesusahan berikan dia kasih sayang umpama layanan yang setanding bidadari syurga mu....
Ampunkan segala dosaku kerana tidak pernah menjaga hatinya,mengerti akan dirinya dan aku selalu menyakiti dirinya aku menjadi lelaki yang jahat padanya aku tidak pernah menyayangi dirinya...tapi jauh di sudut hati ini hanya engkau yang mengerti betapa sayang,cinta,dan rindu di dalam hati ini untuknya...
Di atas hamparan sejadah mu ini aku bermohon padamu peliharalah dirinya dari kesusahan,berikan dia seribu senyuman dan sejuta kasih sayang yang kekal abadi...andai dirinya tidak engkau ciptakan untuk ku dunia pasrahkan hati ini kuatkan hati ini,redha kan diriku di dunia ini...jika engkau ingin hadirkan insan lain dalam hidup ini cukuplah hanya dia menjadi sahabat ku kerana aku ingin setia di dunia ini hanya untuk seorang wanita yang cukup aku sayangi....
Kiranya engkau berjanji padaku akan menjaga dirinya di dunia ini dari sebarang luka bahkan luka itu hanya sekecil zarah....tutupkanlah mata ku dengan rapat tenangkanlah langkah ku melangkah pergi menemui dirimu....namun izinkan roh ku menjadi penjaga di sisinya bila telah engkau jemput aku kembali.....
Perlahan langkah ku keluar daripada masjid dengan linangan air mata...
Peliharalah dirinya untuk ku,kerana diri ini tidak lagi mampu untuk menjaganya
Cukup buat diri ini meskipun hanya mampu melihatnya dari jauh
Meskipun diri ini tidak lagi mampu berdiri
Jangan pernah engkau jauhkan namanya,kenangan,dan wajahnya di hati kecil ku ini
Aku selalu ada untuk mu........... :)
Friday, 19 October 2012
PUSARA.....
Hari jumaat penghulu segala hari alhamdulillah masih lagi mampu untuk berdiri dan melangkah
Ke masjid untuk menunaikan solat jumaat....Selesai sembahyang jumaat seperti biasa aktiviti ku
Megunjungi pusara orang yang paling ku sayang dalam hidupku...perlahan langkah ini ku atur
Menuju pusara orang tua ku di temani rasa sayu di hati...Seperti biasa selesai membaca yasin aku
Menatap lama pusara orang yang ku sayang tidak pernah diri ini menduga akan ditinggal secepat ini
Tatkala diri ini masih lagi perlukan kasih sayang dan belaian manja dari mereka.....Bagaikan masih
Lagi terdengar segala nasihat,pelukan dan ciuman di pipi ini bagaikan masih lagi hangat bagaikan
Baru semalam diri ini mendapatkan semua itu,kini yang tinggal hanya kenangan...... :(
Ke masjid untuk menunaikan solat jumaat....Selesai sembahyang jumaat seperti biasa aktiviti ku
Megunjungi pusara orang yang paling ku sayang dalam hidupku...perlahan langkah ini ku atur
Menuju pusara orang tua ku di temani rasa sayu di hati...Seperti biasa selesai membaca yasin aku
Menatap lama pusara orang yang ku sayang tidak pernah diri ini menduga akan ditinggal secepat ini
Tatkala diri ini masih lagi perlukan kasih sayang dan belaian manja dari mereka.....Bagaikan masih
Lagi terdengar segala nasihat,pelukan dan ciuman di pipi ini bagaikan masih lagi hangat bagaikan
Baru semalam diri ini mendapatkan semua itu,kini yang tinggal hanya kenangan...... :(
Tanpa ku sedari air mata yang menghiasi kolam mata ku ini tercurah jua ke bumi tatkala melihat
Pusara orang tua ku..teringat akan diriku "satu hari nanti saya akan bawa menantu mama dengan
Dengan abah datang sini ye kiteorang akan same2 bace yasin dan al-fatihah untuk mak dengan abah
"terasa air mata ku semakin laju gugur ke bumi....aku tersenyum dan berkata "maafkan saya sebab
Tak bawa lagi menantu mak dan abah,mungkin saya akan datang sendiri sampai ajal saya pun tiba
Sebab saya tak pandai nak jaga hati dia jangan marah saya ye mak abah ampunkan saya...."
Jam kat tangan dah tepat pkul 3 aku perlu beredar untuk masuk pejabat sedih dan beratnya kaki ini
Untuk pergi bagaikan terpandang wajah dan manisnya senyuman orang tua ku mengajak aku untuk
Duduk di situ lebih lama,namun harus di ingat yang pergi tetap pergi jangan di siksa roh mereka,aku
Belajar untuk redha dengan semua ini ku kucup lama nisan kedua orang tua ku sebagai tanda
Mereka tetap di hati ini meskipun telah pergi menghadap ilahi "KEKASIH ABADI".....
Aku menoleh kebelakang sekali lagi kali ini dengan senyuman terukir di bibir "satu hari nanti saya
akan datang teman mak gan abah tapi saya tak tahu bila tunggu saya ye"...aku mengatur langkah
Beredar.....
Dalam keadaan yang lemah aku melangkah penuh pengharapan di hati semoga aku mampu untuk
Jadi anak yang soleh untuk kedua orang tua ku yang akan selalu mendoakan mereka di sana
Aminn..........Kerana mereka yang ada di hati ini adalah yang paling terindah........cukup indah.....
Monday, 15 October 2012
selagi ada
Alhamdulillah hari ni aku masih lagi bernafas meskipun hari-hari ku di temani air mata.Setiap hari aku akan lakukan aktiviti harian ku...sebelum pergi kerja wajah abah,mama,dan yang
Tersayang akan aku kucup penuh kasih sayang meskipun hanya sekeping gambar tapi seakan aku
Berada dekat dengan mereka yang ku sayang....Meskipun hati ini menangis kerana aku hiasi hari2
Ku dengan kenangan yang aku ada sekarang,tapi aku tidak pernah mengeluh untuk semua ini apa
Yang penting untuk diri ini biarlah kenangan tapi jangan aku kehilangan kenangan ini "SAKIT"
Terkadang aku berfikir sejenak ini kah takdir diriku,sakit "terus sakit",namun aku teringat
Pesanan abah ku ujian itu untuk mendekatkan diri kita padanya yang maha esa,hargai apa yang ada
Untuk masa hadapan jangan sia2kan..tapi aku tidak hargai apa yang aku diberikan jadi mengapa
Aku harus mempersoalkan takdir ku atas kesalahan yang aku lakukan sendiri.....aku lupa untuk
Menghargainya...YA ALLAH berikan aku kesempatan untuk memperbaiki kesalahan yang telah aku
Cipta sendiri....
Aku berjanji pada diriku sendiri aku kan setia menanti hadirnya disini sehingga aku tidak
Lagi mampu untuk berdiri dan menantinya di sini,andai itu telah berlaku hanya satu aku harapkan
Darinya jangan pernah engkau benci diri ini,maafkan lah segala dosaku terhadapmu,ampunkan lah
Aku dunia dan akhirat sekiranya tiada kemaafan untuk diri ini sedekahkanlah aku surah al fatihah
Andainya diri ini masih layak untuk mendapat itu sebagai seorang insan yang paling hina di
Pandangan matamu....
Semoga masih ada kesempatan untuk diri ini memohon keampunan darimu dan masih ada
Sinar untuk manusia seperti ku yang hina ini merasakan bahagia walaupun hanya untuk seketika
Namun jika tiada bahagia untuk manusia sehina diriku ini aku pasrahkan diri ini hanya padamu
Kerana hanya engkau yang mengerti akan setiap isi hati hambamu..................
Sunday, 14 October 2012
di sini aku mulakan
aku hanya berharap
aku menghabiskan sisa waktuku
sisa degupan jantungku
sisa helai-helaian nafasku
hingga tiba saat aku pergi dengan tenang..
membawa cinta yang tak pernah pudar..
aku akan selalu merindukanmu..
dan selalu merindukanmu….
aku menghabiskan sisa waktuku
sisa degupan jantungku
sisa helai-helaian nafasku
hingga tiba saat aku pergi dengan tenang..
membawa cinta yang tak pernah pudar..
aku akan selalu merindukanmu..
dan selalu merindukanmu….
Subscribe to:
Posts (Atom)