seperti aku


Sunday, 18 November 2012

BAHAGIANYA DIRI INI

Alhamdulillah aku masih lagi diizinkan untuk memohon semoga segala dosa yang telah aku lakukan diampunkan oleh ALLAH s.w.t....Kak long kata aku dah tidur lama sangat dan aku dapat melihat mutiara jernih mengalir dari kolam mata kak long...Kak long kata dia nak keluar kejap belikan makanan untuk aku....

Dalam tidur ku yang lena untuk seketika diri ini berasa terlalu bahagia bagaikan aku tidak ingin bangun dari mimpi ku yang indah itu...Pagi itu aku buat temu janji nak jumpa dengan gf aku alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang aku rancangkan kami bertemu tanpa dia mengetahui bahawa aku ingin melamarnya pada pertemuan kami itu...dengan langkah perlahan aku mengeluarkan cincin itu dari kocek seluar ku.."syg sudi x syg jdi yg halal untuk abg dan menjadi permaisuri hidup abg dunia akhirat???"dia berkata setuju aku tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya hati ini...:)


Hari yang kami berdua nantikan tiba jua aku disatukan dengan dirinya,dengan sekali lafaz aku bersyukur kepada ALLAH s.w.t kini insan yang paling aku sayangi menjadi milikku....
Dengan perlahan aku berbisik di telinganya "amin abg dah tunaikan janji abg sekarang abg dah jadikan insan yang abg sayang ini halal bagi abg dan teman abg dunia akhirat,"aku terima dirimu kerana ALLAH s.w.t....aku menyarungkan cincin di jari manisnya dan mengucup lembut dahinya..Tanpa sedar air mata ku laju mengalir kini aku betul2 bahagia dia di sisi ku kini dan halal buat diri ku.....


Setahun berlalu akhirnya aku dan dia kini menjadi sepasang ibu bapa yang cukup bahagia
Dengan kelahiran zuriat lelaki yang comel macam mak dia hehehehe,hari2 ku semakin ceria dengan kehadiran dua insan yang teramat aku sayangi ini,bagi ku mereka berdualah harta  ku yang paling berharga sekarang berbanding dengan harga nyawa ku sekarang ini..nama anak aku ni nama gabungan aku dengan mama dia yang comel ni heheheh nama dia mohd danie...aku berharap danie akan menjdi seorang anak yang soleh dunia dan akhirat..


Kehidupan yang ku rasakan kini betul2 buat aku merasa begitu bahagia dengan adanya insan yang paling aku sayangi dan paling bererti dalam hidup ku ini di sisi ku setiap hari...
Setiap hari sebelum pergi kerja aku akan bawa anak dan bini aku pergi jalan kejap 5 minit pun dah cukup,balik daripada kerja perkara yang sama aku akan buat tak kesa la penat macam mane pun,tapi segala penuh yang ade pada bahu aku ni terasa ringan saat diri ini melihat senyuman manja isteri dan anak yang ku sayangi....

Setiap hari makan malam kami begitu seronok sukar untuk digambarkan,aku akan suap isteri aku makan terlebih dahulu sebelum aku menyuapkan makanan ke dalam mulut ku itu la perkara wajib yang aku akan buat sebelum makan kalu tak aku tak dapat nak makan pun sebab hati aku  rsa tak lengkap kalu tk suap sayang aku ni hehehe  selepas makan aku dan isteri  akan suap anak kiteorang plak aku akan letakkan anak aku duduk di riba aku mak dia plak akan suap dia indahnya tidak dapat aku gambarkannnya...
Aku bersyukur padamu engkau berikan aku apa yang aku inginkan,rasakan,manisnya menjadi seorang suami dan indahnya menjadi seorang ayah...terima kasih padamu tuhan berikan aku nikmat itu dalam lena ku yang cukup panjang......


Andainya satu hari nanti engkau hilangkan nikmat pandangan mataku,hilangkan nikmat langkah ku,hilangkan nikmat kesihatan ku....cukup la engkau biarkan perkara ini kekal di hati dan kotak ingatan ku ini,dan kekalkan namanya di hatiku ini sehingga aku bertemu mu bahkan walaupun aku tiada lagi di dunia ini kekalkan lah namanya,sayangnya,rindunya,
cintanya dan juga kasih sayangnya di dalam hati ahli keluargaku agar dia selalu menjadi sebahagian diri ini dan juga ahli keluarga ku saat aku menghadap mu kembali....:(












No comments:

Post a Comment